Foto Faceboook AFL.
KUALA LUMPUR – Saingan Liga A2 Amateur 2025 yang lebih kompetitif dan berkualiti bakal memulakan tirai saingan pada 12 September ini dengan penyertaan 21 pasukan bagi memburu gelaran kejuaraan.
Kejohanan yang dibahagian kepada empat zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Pantai Timur kini telah menunjukkan peningkatan penyertaan berbanding musim lalu iaitu 16 pasukan sahaja dan jangka tamat pada Januari depan.
Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, sebanyak 21 pasukan telah mengesahkan penyertaan beraksi dalam saingan Liga A2 Amateur 2025.
“Sembilan pasukan baharu yang merupakan juara dan naib juara Liga A3 Community 2024 telah dinaikan pangkat untuk bersaing memburu kejuaraan.
“Pasukan tersebut ialah Bintong FC, Kuala Perlis Titans FC, MOF-SMFC, MBMB Warriors dan PUSEN Hornet, NS Forces Warriors FC, Teck Hin-KR FC, AZM Rovers FC dan Raub FC.
“Tiga pasukan sedia ada yang terus bersaing adalah Kuala Muda FA, AAK Puncak Alam FC serta KGKU FC.
“USM FC, Kubang Pasu FA, KL Rangers FC dan ACEIO FC pula tampil selaku pasukan jemputan manakala tiga pasukan iaitu UiTM United, YPM FC dan Kuala Lumpur Rovers memohon beraksi di Liga A2 Amateur musim ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada kejohanan Al-Ikhsan Cup 2024 musim lalu, gelaran kejuaraan menjadi milik Guar Syed Alwi FC (GSA FC) selepas menewaskan Kelantan WTS dengan penentuan sepakan penalti (4-2) setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi final yang dijalankan di Stadium UiTM, Shah Alam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast