KUALA LUMPUR – Bekas pemain hoki kebangsaan, Arrifin Mohd. Ghani dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang baharu berkuat kuasa hari ini dengan kontrak selama dua tahun.
Pelantikan itu diumumkan Pejabat PJS menerusi laman Facebook rasminya, di sini.
Arrifin menggantikan Datuk Suhardi Alias yang menyandang jawatan berkenaan sebelum ini.
Beliau yang bermain untuk skuad hoki kebangsaan (1989–1993) pernah berkhidmat di Majlis Sukan Negara (MSN) dan merupakan graduan undang-undang yang diiktiraf sebagai Tokoh Alumni Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Arrifin juga adalah atlet kedua yang dilantik memegang jawatan itu selepas Datuk Zaiton Othman yang juga bekas olahragawati kebangsaan (1982).
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menzahirkan ucapan tahniah diatas pelantikan Arrifin.
















