Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025, disokong oleh permintaan domestik yang berterusan serta prestasi memberangsangkan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, kekuatan ini menunjukkan ketahanan ekonomi negara meskipun berdepan permintaan luar yang lebih lemah.















