KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjalankan kerja penambahbaikan turapan jalan di Plaza Tol Bandar Baru Nilai di KM283.80 di Lebuhraya Utara-Selatan bermula jam 10 malam pada Sabtu.
Kerja penambahbaikan itu dijangka selesai jam 2 petang pada Ahad.
Sehubungan itu PLUS menerusi kenyataan berkata, satu lorong di laluan masuk Plaza Tol Bandar Baru Nilai akan ditutup sementara waktu.
“Pengguna lebuh raya disaran supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini,” katanya.
Katanya, pengguna turut dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS di kawasan terbabit.
“Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih.
“Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” jelasnya.-MalaysiaGazette

















terima kasih
tq