Wan Rosdy Wan Ismail memakai skaf pengakap pada acara Pahang International Scout Scaft (PISS2025) di Kuantan hari ini

KUANTAN – Skaf yang dikalung pada pakaian seragam pengakap bukanlah biasa-biasa. Ia sebenarnya ia membawa makna tersendiri termasuk reka bentuk dan warna yang digunakan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismailberkata,  skaf yang berbeza warna dan corak membawa erti kepelbagaian masyarakat majmuk di negeri itu.

“Skaf yang kita pakai di leher bukan sekadar kain tetapi lambang bahawa kita semua berada dalam satu keluarga besar.

“Keluarga ini mempunyai satu tujuan iaitu berbakti kepada masyarakat dan negara,” katanya ketika berucap dan merasmikan Program Pahang International Scout Scarf Festival 2025 (PISSF 2025) di Stadium Tertutup SUKPA di sini hari ini.

Wan Rosdy dalam masa sama teruja melihat lebih 20,000 peserta ahli pengakap dalam PISSF 2025.

Menurutnya, dirinya bangga dengan pencapaian Pengakap Kelana Negeri Pahang sekali lagi mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) buat kali kedua dengan berjaya menghimpunkan seramai 22,825 peserta pada penganjuran kali ini.

Selain Malaysia, festival kali ini turut membabitkan penyertaan pasukan uniform dari 11 negara iaitu  Indonesia, Brunei, Pakistan, Vietnam, Filipina, Thailand, India, Singapura, Arab Saudi, Jepun dan Afrika Selatan.

Pada majlis yang sama, Wan Rosdy turut menasihati anak muda supaya sentiasa menghargai persahabatan dan menjaga hubungan ukhuwah.

“Kita mesti belajar hormati perbezaan pandangan. Yang penting cari titik persamaan dan dengan ukhuwah yang kuat, kita boleh bangunkan negeri dan negara. Kehadiran peserta memberi manfaat kepada hotel, restoran dan peniaga kecil di Pahang.

“Mereka juga dapat melihat sendiri pembangunan di Pahang sekaligus menepis tuduhan tomahan liar yang mengatakan Pahang tidak membangun dan sebagainya.

“Saya minta mereka ikuti laman sosial rasmi untuk mengetahui perkembangan semasa Pahang,” ujar beliau.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, Pahang mengalu-alukan kehadiran anak-anak pengakap ke negeri itu kerana penganjuran tersebut turut memberi limpahan ekonomi selain mempromosikan pelancongan Negeri Tok Gajah.

Kehadiran peserta memberi manfaat kepada hotel, restoran dan peniaga kecil yang dapan merancakkan aktiviti ekonomi selain membantu lebih 200 peniaga reruai semaca acara tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast