Sajian burger yang diketangahkan oleh RBG Bar & Grill yang terletak di Park Inn by Radisson Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Sebut sahaja burger, pasti ramai terbayang dua keping roti dengan di tengahnya terdapat sekeping daging serta sedikit sayur bersama limpahan sos dan mayonis.

Apatah lagi, sajian burger boleh diperoleh dengan mudah dan banyak di gerai-gerai tepi jalan atau restoran makanan segera popular.

Bagaimanapun, apa kata sesekali menikmati sajian Barat itu dengan rasa ebih enak dan puas sekira dimakan menggunakan daging premium.

Itulah konsep sajian burger yang cuba diketangahkan oleh RBG Bar & Grill yang terletak di Park Inn By Radisson Putrajaya di Bangi.

Menawarkan konsep rekaan dalam kontemporari dan moden, restoran yang berkenaan menawarkan lebih daripada 30 menu termasuk Barat antaranya burger, stik, spageti dan pasta selain sajian tempatan.

Pengarah jualan hotel itu, Husni Muit berkata, restoran berkenaan menawarkan aneka sajian burger daging lembu dan ayam yang cukup enak menggunakan bahan premium dari dalam negara.

“Tidak dinafikan, sajian popular di sini adalah burgernya yang lain daripada lain kerana salah satu kelebihan burger di sini kerana ia menggunakan bahan-bahan buatan sendiri seperti daging.

Menu barat seperti spageti turut disediakan.

“Daging yang digunakan dalam penyediaan burger di restoran ini adalah segar dan dipilih daripada bahagian yang tebal bagi memberi kepuasan kepada pelanggan yang menikmatinya,” katanya.

Bagi memastikan rasa daging itu kekal asli, Husni berkata, pihaknya memerap keping daging burger itu menggunakan rempah ratus dan hanya disediakan sebaik pesanan dibuat.

Beliau memaklumkan, pihaknya lebih selesa menggunakan daging yang dibuat sendiri pada setiap hari bagi menjamin keaslian rasanya.

“Burger premium hanya dijual pada harga RM35 yang didatang bersama kentang goreng dan hidangan salad istimewa selai menu makanan Barat lain.

“Sekiranya datang secara berkumpulan pada waktu tengah hari, pengunjung disarankan untuk mencuba sajian kari kepala ikan.

“Hidangan ini  boleh dinikmati seramai empat orang pada satu-satu masa dan ia boleh diperoleh pada harga serendah RM98 dan aa sangat berbaloi,” ujarnya.

RBG Bar & Grill yang mampu memuatkan seramai 50 orang pada satu-satu masa di buka setiap hari bermula pukul 6.30 pagi hingga 10 malam.

Sementara itu, Park Inn By Radisson Putrajaya yang dimiliki Kumpulan Ikram memiliki 220 bilik menerusi empat kategori dengan harga bermula serendah RM320 hingga RM720. – MalaysiaGazette

RBG Bar & Grill menawarkan rekaan dalam kontemporari dan moden.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast