Bot nelayan yang dirampas Maritim, Jumaat lalu.

IPOH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot pukat kenka dan merampas pelbagai aset serta hasil laut bernilai RM80,000 di kedudukan 5.2 batu nautika barat Muara Kuala Kurau, Jumaat lepas.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, kedua-dua bot ditahan kira-kira 2 pagi kerana beroperasi di luar waktu dibenarkan, menggunakan pemberat melebihi had serta tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.

“Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM80,000 telah dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang dan akan terus memperhebat operasi pemantauan serta penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara bebas daripada aktiviti haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jika disabitkan kesalahan, pemilik bot boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast