KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sedia berdepan dengan tindakan saman daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ainie Haziqah berkata, mahkamah merupakan platform terbaik untuk Timbalan Perdana Menteri itu membersihkan namanya.
“Saya tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan undang-undang. Malah, saya bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan Zahid Hamidi sekiranya beliau benar-benar mahu membersihkan nama,” katanya menerusi kenyataan.
Terdahulu, Ainie mengesahkan menerima notis tuntutan penarikan balik, permohonan maaf dan ganti rugi daripada peguam Zahid pada 5 Ogos lalu.
Beliau kemudian hari ini, beliau menerusi peguamnya Tetuan Daim & Gamany menghantar balasan rasmi kepada peguam Zahid Hamidi.
“Dalam jawapan tersebut, saya menafikan dengan tegas sebarang dakwaan fitnah.
“Saya juga terkejut apabila Zahid memilih untuk menafikan kewujudan 47 kes rasuah yang telah pun dibuktikan prima facie sebelum diberikan (dilepas tanpa dibebaskan) DNAA,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau dan MUDA konsisten dengan pendirian pada 10 September 2023 bahawa parti itu memutuskan keluar dari blok kerajaan kerana 47 kes yang Zahid digugurkan.
Jelasnya, penting untuk rakyat ingat bahawa mahkamah telah memutuskan kes terhadap Zahid mempunyai asas kukuh (prima facie).
Dalam masa yang sama tambahnya, Peguam Negara sebelum ini tidak menggugurkan pertuduhan secara mutlak, tetapi hanya menangguhkan sementara menunggu siasatan lanjut.
“Itu adalah garis merah MUDA, dan hari ini saya berdiri teguh bahawa keputusan tersebut adalah benar, tepat, dan berprinsip.
“Sebagai Setiausaha Agung MUDA, saya percaya adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membangkitkan isu-isu berprofil tinggi yang melibatkan kepentingan awam,” ujarnya.-MalaysiaGazette

















sumbat aje budak bodoh ni ke dalam⁸