Mohd Hilmi.

GEORGE TOWN – Pergerakan Pemuda UMNO dari seluruh negara akan berhimpun di Mahkamah Bukit Mertajam pada Jumaat ini bagi menyatakan solidariti terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang bakal berdepan pendakwaan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan [Akta 574].

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias berkata, kehadiran perwakilan Pemuda dari setiap negeri merupakan simbol sokongan padu terhadap Dr Muhamad Akmal yang disifatkan berjuang demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.

“Pemuda UMNO Pulau Pinang bersama seluruh barisan Pemuda UMNO dari seluruh negara akan hadir pada 22 Ogos, pukul 8 pagi di Mahkamah Bukit Mertajam.

“Kehadiran ini bukan sahaja sokongan peribadi kepada beliau tetapi juga sebagai manifestasi semangat juang Pemuda UMNO mempertahankan prinsip keadilan dan kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru masyarakat khususnya rakyat Pulau Pinang untuk turut serta memberikan sokongan moral kepada Muhamad Akmal pada hari berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Akmal Saleh, Hilman antara empat akan didakwa di mahkamah

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk mengemukakan pertuduhan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bersama tiga individu lain berhubung kenyataan yang didapati menggugat ketenteraman awam di media sosial.

Sementara itu, Dr Muhamad Akmal menerusi catatan di Facebook mengesahkan beliau akan pulang dari Mekah untuk menghadiri prosiding di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jumaat ini.

“Saya kini sedang menunaikan umrah di Mekah. Oleh itu, saya akan memendekkan ibadah ini dan pulang untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah pada Jumaat, pukul 8 pagi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast