KUALA LUMPUR – Manuel Hidalgo mengucapkan selamat tinggal kepada Kuala Lumpur City FC (KL City) tidak sampai sebulan beraksi bersama skuad ibu kota untuk kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Sebelum ini, penyerang sayap lincah dipinjamkan oleh JDT bagi memperkuatkan skuad The City Boys pada awal Julai lalu.
“Ia memang satu tempoh singkat buat seseorang yang menjadikan setiap hari terasa begitu bermakna, terima kasih Manuel Hidalgo.
“Semoga berjaya di masa depan anda bersama pasukan asal dan tolonglah jangan bermain terlalu baik apabila menentang kami nanti,” umum kelab Lembah Klang itu di media sosial.
Sepanjang dua aksi bersama KL City, Manuel Hidalgo merekodkan satu jaringan dan satu bantuan gol ketika aksi bertemu Imigresen FC dalam perlawanan pertama Liga Super, 9 Ogos lalu.
Berikutan ketiadaan Hidalgo, kini posisi sayap kanan bakal diisi pemain lain membabitkan Safawi Rasid atau Haqimi Azim. – MalaysiaGazette
















