Tiga atlet olahraga negara termasuk pasangan kembar menyapu bersih podium acara itu pada Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak 2025, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet pecut pekak kebangsaan, Zamir Azman atas kejayaan cemerlang memenangi pingat emas sambil memecahkan rekod Sukan SEA Pekak 2025 di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Anwar menyifatkan pencapaian pelari berusia 20 tahun itu sebagai satu kebanggaan buat negara dan wajar dijadikan sumber inspirasi kepada semua pihak.

Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasminya, Perdana Menteri memuji semangat dan kegigihan yang ditunjukkan oleh Zamir.

“Tahniah Zamir Azman! Kejayaan menjuarai acara 100 meter Sukan SEA Pekak 2025 dan memecah rekod temasya dengan catatan 11.07 saat adalah satu pencapaian yang membanggakan negara.

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua, demi membina masa depan sukan negara yang lebih inklusif, progresif dan gemilang,” katanya.

Kejayaan Zamir itu melengkapkan hari gemilang buat kem olahraga negara yang secara keseluruhan meraih lima pingat emas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast