Kamariah (kiri) ketika ditemui Zulkarnain yang hadir menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di pekan Samerah, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Dua beranak yang mengusahakan kedai jahit dan andaman kini buntu selepas pakaian pelanggan mereka di kedai yang disewanya musnah dalam kebakaran di Pekan Semerah di sini malam kelmarin.

Menurut Kamariah Hussin, 70, berkata, dia dan anak sulungnya, Mardiana Kadimin, 50, insiden itu menyebabkan mereka mengalami kerugian berjumlah RM50,000.

Selain pakaian ditempah orang orang ramai tidak dapat diselamatkan katanya,
kebakaran yang melibatkan 19 unit kedai yang berlaku pukul 7 malam itu turut menyebabkan tujuh mesin jahit musnh.

Kamariah berkata, dia dan Mardiana mula mengusahakan kedai jahit dan andaman di kedai berkenaan sejak 30 tahun lalu.

“Kira-kira 100 pasang pakaian ditempah samada yang sudah siap atau belum selain pakaian dijual di kedai kami hangus terbakar selain ada juga rosak terendam air.

“Turut rosak adalah pakaian kain songket pengantin serta peralatan pelamin yang tidak sempat diselamatkan kerana api marak terlalu cepat kerana struktur bangunan adalah papan.

“Kini kami buntu memikirkan cara untuk mengganti kain dihantar pelanggan termasuk dua keluarga yang menempah pakaian sedondon untuk majlis perkahwinan pada September nanti,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Kamariah lagi, mereka kini sedang memikirkan apakah cara untuk meneruskan perniagaan yang diusahakan itu samada akan dilakukan di rumah atau kedai baharu jika ada kekosongan.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Makmur Batu Pahat, Datuk Zulkarnain Kamisan berkata, pihaknya menyalurkan bantuan awal sebanyak RM2,000 selain sumbangan daripada Pejabat Daerah Batu Pahat berjumlah RM500 untuk meringankan beban semua mangsa.

Ujarnya, kesemua 19 penyewa kedai terlibat adalah penyewa di tapak yang terbakar itu dan mereka mempunyai rumah kediaman masing-masing di sekitar pekan Semerah

“Kedai ini sudah berusia kira-kira 100 tahun dan kaedah pembangunan di kawasan ini bergantung kepada pemilik tanah samada ia akan dibina bangunan baharu atau sebaliknya,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast