LONDON – Manchester United mencapai rundingan positif dengan Royal Antwerp untuk mendapat penjaga gol muda kelab Belgium itu, Senne Lammens.
Pakar perpindahan, Fabrizion Romano berkata, perbincangan mengenai yuran perpindahan sekitar €20 juta dicapai antara kedua-dua kelab.
“Lammens telah memberi persetujuan kepada Manchester United.
“Tiada rundingan dengan Manchester City kerana sasaran mereka ialah Gigio Donnarumma sekiranya Éderson meninggalkan kelab,” tulis di laman sosialnya di sini.
Sementara itu, Lammens yang berusia 23 tahun dianggap sebagai penjaga gol jangka panjang dan dijangka bersaing dengan Andre Onana, yang masa depannya dipersoalkan selepas beberapa aksi mengecewakan musim lalu.
Lammens, setinggi 6 kaki 3 inci dan penjaga gol skuad B-21 Belgium, membuat penampilan sulung bersama Bruges pada Julai 2021 sebelum berpindah ke Antwerp dua tahun kemudian.
Debut bersama kelab itu hadir pada November lalu dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Porto.
United memerlukan penjaga gol tambahan kerana Onana dijangka terlepas sebahagian musim akibat komitmen bersama Cameroon di Piala Negara-Negara Afrika pada Disember depan. – Agensi
















