KUALA LUMPUR – Bintang pecut muda Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira melakukan kebangkitan luar biasa selepas selepas mengalami kecederaan tahun lalu untuk mencipta sensasi dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ke-65 di Perlis.
Atlet remaja itu berusia 17 tahun melengkapkan penampilan yang sempurna dengan menggondol tiga pingat emas pada saingan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar termasuk memecahkan rekod MSSM bagi acara 100 meter (m), 200m dan 4×100m.
Kejayaan kali ini lebih manis kerana dia berjaya memperbaharui catatan terbaik peribadi 24.52 saat (s) dengan rekod baharu 24.24s untuk acara 200m.
Sebelum ini, Izzatul Musfirah turut muncul ratu pecut MSSM selepas menjuarai 100m dengan catatan 11.84s, memadam rekod lama 12.02s milik Azreen Nabila yang juga berasal dari Terengganu.
Dia kemudian mengetuai kuartet Terengganu menjuarai acara 4×100m dengan catatan 47.45s, mengatasi rekod kejohanan MSSM Johor tahun lalu iaitu 47.65s. – MalaysiaGazette
Bagi acara 200m lelaki bawah 15 tahun, Muhammad Aqief Naufal Mohd. Mustaqim dari Perak meraih emas dengan catatan 21.61s, manakala kategori perempuan dimenangi Tuan Dhia Durrani Tuan Mohd. Fadir dari Kelantan menerusi masa 25.48s. – MalaysiaGazette
















