Lee Zii Jia. Foto Facebook BAM.

KUALA LUMPUR – Kemunculan semua pemain perseorangan profesional Lee Zii Jia dalam Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris tidak menjadi apabila dia terkandas seawal pusingan pertama selepas tewas kepada pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin, hari ini.

Zii Jia masih gagal mempamerkan prestasi sebenar apabila terpaksa tunduk straight set 17-21, 11-21 dalam aksi yang hanya berlangsung 41 minit walaupun beraksi di Adidas Arena.

Ia merupakan venue sama yang menyaksikan dia meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris.

Kekalahan tersebut menambah lagi episod suram buat pemain berusia 27 tahun itu yang kini berada di ranking ke-52 dunia.

Sebelum ini, bekas juara All England itu mengambil keputusan untuk berehat panjang pada Mac lalu selain memohon perlindungan ranking daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi meneruskan proses pemulihan kecederaan buku lali kanannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast