KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan amanat sempena Hari Kebangsaan 2025, Sabtu ini di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan hari ini berkata, majlis tersebut diadakan sebagai satu daripada usaha untuk menyampaikan hasrat dan harapan pimpinan tertinggi Kerajaan mengenai kepentingan menghayati semangat perpaduan serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” sambutan Hari Kebangsaan tahun ini membawa maksud setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama, budaya dan latar belakang, adalah aset negara yang mesti dihargai, disantuni serta dirangkul dalam semangat kebersamaan.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, amanat yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri kelak diharap dapat memberikan inspirasi baharu kepada rakyat Malaysia untuk terus bersatu padu, menghargai pengorbanan generasi terdahulu, serta menghayati erti kemerdekaan dalam konteks cabaran semasa.

Tambah beliau lagi, kira-kira 5,000 tetamu termasuk penjawat awam, agamawan, jentera perpaduan, pelajar sekolah, anggota badan beruniform, pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), golongan belia, usahawan mahupun warga kerja swasta dijangka hadir ke majlis tersebut.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast