KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Aoh Wooi Yik bangkit dari kekalahan set pertama untuk mara ke suku akhir Kejohanan Dunia di Paris, Perancis awal pagi tadi.
Pilihan kedua kejohanan itu menafikan kejutan beregu ‘junior’ mereka, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King selepas tewas 18-21 di set pertama mereka namun mencipta kemenangan di set kedua dengan keputusan 21-18 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Kedua-dua beregu terus mempamerkan aksi sengit dan saling berkejar mata sebelum Aaron-Wooi Yik membuktikan pengalaman menjadi senjata utama mereka menoktahkan kemenangan 26-24.
Pada persaingan suku akhir, Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 itu dijadual bertemu sama ada beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty atau Liang Wei Keng-Wang Chang yang juga pilihan keenam dari China.
Menanti Pearly-Thinaah di peringkat lapan terbaik adalah pemenang perlawanan antara pasangan adik-beradik dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva atau pilihan kelapan dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto. – MalaysiaGazette
















