Pertunjukan udara oleh pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsan ke-68 bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2025.

PUTRAJAYA – Ruang udara Dataran Putrajaya digamatkan dengan deruman enjin daripada jet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung pagi ini.

Kehebatan aksi pasukan berkenaan mencuri tumpuan pengunjung yang hadir apabila kesemuanya bersorak selepas tiba-tiba melihat kemunculan jet pejuang di ruang udara.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 31 OGOS 2025.

Lebih mengujakan apabila pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM bercorak Jalur Gemilang dikemudi sendiri Panglima Tentera Udara (PTU), Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Kehadirannya di kokpit disambut tepukan gemuruh penonton sebagai simbol kepimpinan dan semangat patriotisme warga TUDM.

Pertunjukan udara itu menampilkan enam pesawat Sukhoi SU-30MKM dengan sorotan utama aksi bomb burst yang memukau.

Ia disokong dua pesawat Hawk 208 yang memperlihatkan kelincahan dan keupayaan tempur TUDM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast