Kredit : IPD Lipis

KUANTAN – Dua pekerja ladang warga Bangladesh maut selepas kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Jalan Ladang Argopolitan Gahai, Kampung Tanjung Gahai, Kuala Lipis, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata Md. Shamim Reza, 24, dan Tuhin Ali, 26, yang berada di bahagian belakang kenderaan telah dihempap pacuan empat roda tersebut dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati pacuan empat roda dipandu lelaki tempatan bersama enam warga Bangladesh terbabas dan terbalik ketika melalui jalan berselekoh menurun bukit dalam perjalanan pulang ke rumah kongsi di Kampung Tanjung Gahai.

“Pemandu kenderaan dan penumpang lain tidak mengalami apa-apa kecederaan. Kes masih dalam siasatan pihak polis di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

“Polis menasihati orang ramai agar sentiasa memandu secara berhemah serta memastikan kenderaan diselenggara dengan baik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast