Seorang lelaki ditahan kerana melakukan pecah rumah di Taman Impian 2, Simpang Renggam, Kluang, Sabtu lalu.

KLUANG – Polis menahan seorang lelaki tidak sampai 24 jam selepas melakukan pecah rumah di Taman Impian 2, Simpang Renggam dekat sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada seorang lelaki warga tempatan pada pukul 5.50 petang.

“Polis kemudian berjaya memberkas suspek di Taman ND Yassin, Simpang Renggam pukul 10 malam hari yang sama. Suspek lelaki berusia 35 tahun itu ditahan hasil serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dengan dibantu anggota Balai Polis Simpang Renggam.

“Semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod kesalahan jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah,” katanya.

Tambah Bahrin, suspek telah direman selama tiga hari mulai Ahad hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang melalui talian 07-7784222, 07-77844256 (direct line), 07-7766822 dan 014-3656822 (tablet dcc).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast