Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz

MUAR – Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik semasa membantu kerja-kerja baik pulih di sebuah dewan sekolah di Jalan Sayang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 53 tahun terjatuh dari tingkat satu selepas terkena renjatan elektrik dalam kejadian pukul 9.53 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas pegawai perubatan dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) datang untuk memberi rawatan kecemasan.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifisasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil bedah siasat Jabatan Forensik HPSF mengesahkan punca kematian Adalah akibat renjatan elektrik.

Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerja melibatkan elektrik dan mendapatkan bantuan pakar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast