Logo Polis Diraja Malaysia. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JUN 2024.

KUALA LUMPUR – Lelaki dan wanita yang menaiki kereta bersama dua kanak-kanak yang maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas, Pasir Panjang, dekat Negeri Sembilan semalam telah ditahan polis.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu masing-masing berusia 46 dan 41 tahun itu ditahan kerana memberi keterangan yang meragukan mengenai kejadian tersebut.

Menurut beliau, Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini bagi permohonan reman.

Beliau turut memberitahu, semakan rekod lampau terhadap lelaki yang disyaki bapa kepada kedua-dua mangsa itu merupakan suspek terhadap 16 kes termasuk empat kes  dikehendaki.

Manakala wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Dua kanak-kanak lemas kereta terjatuh sungai, suami isteri selamat

Hasil saringan ujian air kencing kedua-dua suspek adalah negatif namun semakan ke atas motokar terbabit didapati kenderaan dilaporkan hilang.

Tambah beliau, kedua-dua mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Port Dickson di talian 06-6472222 atau Pegawai Penyiasat ASP Husairin Che Hussin di talian012-965 4927 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Dalam kejadian semalam, dua kanak-kanak mayat selepas kereta dinaiki mereka yang dipandu oleh lelaki berkenaan terjatuh ke dalam sungai.

Kedua-dua mangsa, seorang kanak-kanak lelaki, 6 dan perempuan berusia 8 tahun meninggal dunia akibat terperangkap dalam kenderaan.

 

Tragedi memancing: Dua kanak-kanak lemas kereta menggelongsor, ibu bapa terselamat

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Boleh tak buat berita, semak dulu ayat sblm publish. Ayat apa apa ntah kau tulis. “Kanak kanak mayat selepas…”. Apa benda kau ni??

Comments are closed.