Ahmad Farhan menyampaikan sumbangan kepada Juhari ketika mengunjunginya di di kediamannya di Kampung Paya Keladi, Pahang, semalam. Gambar: Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pahang sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanannya dalam menjaga keselamatan negara.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Juhari Sinjak, 79, di kediamannya di Kampung Paya Keladi, Pahang, semalam.

“Ziarah Madani ini bukan sekadar kunjungan tetapi tanda kasih dan penghargaan atas jasa serta pengorbanan beliau menjaga keamanan negara.

“Semoga bantuan kecil yang diberikan, sedikit sebanyak meringankan beban di samping menjadi bukti pengorbanan para veteran sentiasa kita hargai dan tidak pernah dilupakan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook yang turut dikongsikan perdana menteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast