Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menggerakkan pasukan perubatan atau hospital medan ke Afghanistan sekiranya diperlukan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, keputusan itu bergantung kepada perbincangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama agensi berkaitan sebelum diputuskan kerajaan.















