Oplus_131072

ISKANDAR PUTERI – Harimau Malaya menewaskan Palestin 1-0 menerusi jaringan Joao Figueiredo yang merobek gawang lawan dalam aksi persahabatan Tier 1, di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam ini.

Skuad negara bermula agresif sebaik wisel permulaan dan hampir membolosi gawang pelawat seawal minit pertama.

Bagainanpun lorongan cantik pemain lincah, Arif Aiman Mohd Hanapi gagal disempurnakan jentera serangan pasukan.

Satu minit kemudian, kegagalan tersebut ditebus penyerang Harimau Malaya, Joao Figueiredo dengan jaringan pembukaan pada minit ke-2.

Terkejut dengan jaringan tersebut, Palestin dilihat mula bangkit dengan mengatur asakan ke pintu gol tuan dalam usaha menjaringkan gol penyamaan.

Bagaimanapun, asakan-asakan yang dilakukan berjaya dikekang dengan baik oleh benteng pertahanan skuad negara.

Pada minit ke-27 menyaksikan Arif Aiman sekali lagi berjaya melepasi kawalan pertahanan lawan, namun percubaannya berjaya diselamatkan penjag gol lawan.

Palestin mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada minit ke-31, namun rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Minit ke-34 menyaksikan skuad Harimau Malaya hampir menambah jaringan, namun penjaga gol Palestin, Rami Hamada berjaya menyelamatkan keadaan.

Penghujung babak pertama menyaksikan tiada sebarang tambahan jaringan dihasilkan kedua-dua pasukan.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan semakin menggandakan asakan dalam usaha meledak jaringan.

Bagaimanapun, Palestin dilihat memiliki peluang keemasan menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan penyerang, Tamer Seyam pada minit ke-73.

Namun tandukan gagal menepati sasaran bagi melegakan seketika skuad negara.

Penghujung perlawanan menyaksikan Palestin semakin hebat mengasak bagi memburu jaringan.

Namun, tiada jaringan berjaya dihasilkan bagi menyaksikan kedudukan 1-0 memihak skuad Harimau Malaya kekal hingga ke wisel penamat.- MalaysiaGazette

Caption gambar: Harimau Malaya menewaskan Palestin 1-0 dalam aksi persahabatan Tier 1, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.- ihsan Facebook Harimau Malaya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast