LOS ANGELES – Aktivis pempengaruh politik Amerika Syarikat (AS), Charlie Kirk ditembak mati ketika sedang berucap di sebuah acara di Utah Valley University semalam.
Mendiang merupakan sekutu rapat Presiden AS, Donald Trump.
Trump dalam hantaran di Truth Social mengesahkan kematian Kirk, 31, mati akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Susulan itu, Trump mengarahkan bendera di bangunan kerajaan dikibarkan separuh tiang sehingga Ahad ini.
Kejadian berlaku ketika Kirk sedang menjawab soalan daripada pengunjung dan video tular di lokasi menunjukkan beliau duduk di kerusi pentas utama sebelum ditembak.
Identiti penembak masih belum didedahkan pihak berkuasa.
Kirk merupakan pengasas bersama Turning Point USA, sebuah organisasi konservatif yang mempengaruhi jutaan anak muda di AS.
Beliau dikenali kerana lantang menyokong dasar anti-imigrasi dan hak pemilikan senjata. – Agensi
















