Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyampaokan ucapan ketika hadir pada sesi pembentangan Sesi Towhall Antibuli anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di Putrajaya. Foto Hari Anggara, 11 SEPTEMBER 2025.

PUTRAJAYA – Semua pentadbir dan guru bertanggungjawab penuh dalam menangani kes buli yang berlaku di sekolah tanpa kompromi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, isu buli bukan sekadar peraturan pentadbiran semata-mata sebaliknya merupakan tanggungjawab moral dan asas pendidikan karakter yang perlu dijunjung oleh seluruh warga sekolah.

“Sepatutnya tidak ada langsung (ketakutan atau cubaan sembunyikan kes) ini tanggungjawab yang mesti dibereskan oleh semua orang tua, orang besar dan para pentadbir sekolah.

“Kita sudah bagi jaminan bahawa semua kes ini mesti disiasat dengan telus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said selepas menghadiri Sesi Dialog Awam Tribunal Antibuli Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Fadhlina turut menegaskan, setiap kes buli mesti dilaporkan mengikut prosedur sedia ada sebelum dibawa ke peringkat tribunal undang-undang, selaras dengan garis panduan KPM.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya telah melakukan reformasi pada portal aduan KPM bagi memberi jaminan keselamatan kepada pelajar yang membuat laporan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast