Foto IG Faisal Halim.

KUALA LUMPUR – Kemelut rumah tangga pemain Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim kembali pulih apabila dia memuat naik gambar mesra bersama keluarga di laman sosial miliknya hari ini.

Menerusi perkongsian di InstaStory, Faisal, 27, berkongsi momen bahagia bersama isteri dan anaknya dengan kapsyen ringkas penuh makna.

“Alhamdulillah”, tulisnya sambil diiringi lagu Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik sebagai latar.

Gambar tersebut memperlihatkan Faisal memeluk erat isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril bersama anak lelaki mereka, Khalish Aryan.

Hantaran berkenaan turut dimuat naik semula oleh Nur Syazwani beserta nota yang memberi bayangan pasangan itu kembali bahagia.

“Alhamdulillah. Maaf dan lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga. Sayang awak, Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semula,” tulisnya.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan tersebut menjadi perhatian selepas Nur Syazwani memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Klang biar pun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga. Faisal dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.