Kredit SPRM

SINTOK – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Angkatan Mahasiswa Anti-Rasuah (AMAR) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program Kembara AMAR: Jujur dan Amanah.

Program selama tiga hari yang berlangsung dari 9 hingga 11 September 2025 di kampus UUM ini bertujuan memperkukuh pembudayaan integriti dalam kalangan mahasiswa.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti interaktif telah dilaksanakan, termasuk sesi taklimat, pembinaan pasukan dan Explorace Game Discussion: Integrity Path – Unlocking the Truth yang menguji kefahaman peserta terhadap nilai integriti.

Selain itu, aktiviti Integrity Content Creator memberi peluang kepada mahasiswa menghasilkan filem pendek yang dimuat naik ke YouTube, sekali gus menyebarkan mesej antirasuah secara kreatif dan berimpak luas.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Tuan Mansur bin Mohamad, wakil kepada Pengarah SPRM Kedah.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan atas komitmen serta kerjasama yang diberikan oleh pihak universiti.

Terdahulu, Ketua Unit Integriti UUM, Tuan Muzamil bin Mahmud, menyampaikan ucapan aluan dengan memuji inisiatif ini serta menyatakan harapan agar ia diteruskan pada masa akan datang.

Majlis turut diserikan dengan sesi perkongsian mahasiswa AMAR serta penyampaian sijil kepada semua peserta.

SPRM Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UUM dan Kelab AMAR atas usaha murni itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast