Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat ke-64 di Maahad Darul Hadis, Alor Setar, Kedah

ALOR SETAR – Parti Islam SeMalaysia (Pas) perlu menggunakan simbolnya sendiri di empat kerajaan negeri (SG4) sekiranya tidak mahu kehilangan kerusi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya akan datang.

Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin berkata, pendekatan itu ternyata berhasil apabila Pas menggunakan simbolnya dalam pilihan raya di Kelantan dan Terengganu, sebelum ini.

“Kalau boleh empat negeri ini (SG4) yang kita berkuasa ini, kita ambil atas simbol Pas, macam kita buat Kelantan dan Terengganu pada pilihan raya lalu.

“Bukan ada masalah pun, simbol Pas, empat negeri itu, negeri lain tak apa laa kita bincang, kalau boleh lah, itulah lebih baik.

“Ketika itu Kedah tak masuk dalam negeri yang menggunakan simbol Pas, sebab itu Langkawi habis semua mereka ambil (Bersatu),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas ke-64 di Maahad Darul Hadis, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan perwakilan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Saiful Rizwan Mahmud agar parti Islam itu tidak menggadaikan kerusi miliknya dalam pilihan raya akan datang.

Saiful berkata, Pas perlu mengambil iktibar daripada insiden itu yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Baru di mana pengundi Melayu mencecah 42.4 peratus dalam pilihan raya sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast