KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan diburu polis selepas bertindak samseng dengan melanggar kereta dipandu wanita selain mengugut seolah mahu memukul mangsa hingga tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berusia 31 tahun merupakan pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta sekitar jam 7.50 malam hari sama.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku sekitar jam 6.10 pagi ketika mangsa sedang memandu kereta Perodua Myvi untk ke tempat kerja melalui Plaza Tol Bangi.

“Tiba-tiba datang sebuah kereta Perodua Myvi warna biru dipandu suspek telah menghimpit dari arah belakang sebelum melanggar bahagia kiri hadapan kenderaan mangsa.

“Selepas pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan berhenti di tepi jalan sebelum berlaku pertengkaran dan suspek bertindak menenking dan melakukan perbuatan seolah-olah mahu memukul mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut mendapati pertengkatan berlaku berpunca apabila mangsa didakwa menukar lorong tanpa memberi isyarat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu selain turut melibatkan kesalahan trafik di bawah Rule 6(1) LN 166/59 iaitu memotong dan menghalang daripada memotong.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan A Vaelmurgan di talian 019-6111660 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast