KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membantah cadangan pemansuhan program matrikulasi kerana ia berpotensi menghadkan peluang pelajar ke peringkat universiti.

Cadangan itu juga tidak seiring dengan matlamat pembangunan pendidikan negara dalam jangka masa panjang khususnya dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk pembangunan negara.

”Program matrikulasi wajar dikekalkan sebagai salah satu laluan penting pendidikan tinggi bagi menjamin akses yang adil, saksama dan inklusif kepada semua pelajar, selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan bakat masa depan,” kata universiti itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, UTM berharap agar isu itu tidak terus menjadi polemik berpanjangan dan berpendapat, semua pihak perlu berganding bagi perkukuhkan ekosistem pendidikan tinggi negara  demi menjamin masa depan generasi muda yang lestari dan cemerlang.

UTM juga katanya, yakin Kementerian Pendidikan Tingg dan Kementerian Pendidikan sentiasa komited memastikan anak-anak Malaysia menikmati peluang pendidikan menyeluruh serta adil, sejajar dengan Perlembagaan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast