Anggota bomba dengan menyelamatkan mangsa yang tersepit - Foto Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR –  Dua individu cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pesisir Pantai di Bekenu, Sarawak tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.51 tenga hari.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah digerakkan ke lokasi kejadian, kira-kira 23 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba didapati dua mangsa iaitu lelaki berusia 38 tahun dan seorang remaja perempuan 17 tahun tersepit di bahagian hadapan kereta dan mengalami kecederaan.

“Pemandu lori pula tidak cedera,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan bomba diketuai PBK II Azizul Rahman menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu hadapan kenderaan bagi mengeluarkan mangsa, sebelum kedua-duanya diserahkan kepada ambulans Klinik Kesihatan Batu Niah untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast