Voo Zhi Lin

ISKANDAR PUTERI – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang hilang selepas berada di rumah datuknya di Taman Tan Sri Yacob, Skudai di sini pada 23 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, Voo Zhi Lin kali terakhir berada di rumah datuknya itu sebelum didapati tidak pulang ke rumah.

“Datuknya yang berusia 68 tahun membuat aduan kehilangan cucunya itu di kawasan taman tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Remaja itu mempunyai ketinggian 145 sentimeter dengan berat 50 kilogram.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Wilford Carter Blaydes 013-8498448 atau pusat kawalan daerah Iskandar Puteri 07-5113622 atau hotline 07-5114486.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast