Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan supaya jangan berebut mahu menjadi calon Perdana Menteri.

Sebaliknya berusahalah untuk Melayu Bersatu, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Hanya jika Melayu bersatu sahaja baharulah kemenangan boleh dicapai. Setelah menang barulah pilihan Perdana Menteri dibuat. Semua yang berbakat boleh bertanding untuk jadi Perdana Menteri,” katanya lagi.

Bekas Perdana Menteri dua kali itu berkata demikian mengulas isu antara Pas dan Bersatu yang masing-masing sibuk menamakan calon masing-masing baru-baru ini.

“Saya kurang faham kenapa ramai berebut-rebut untuk dinamakan calon Perdana Menteri. Calon tidak akan jadi Perdana Menteri jika partinya tidak menang 112 kerusi,” kata Dr Mahathir.

Untuk menang 112 kerusi partinya perlu letak lebih dari 112 dan tidak mungkin partinya menang 112 kerusi, katanya.

“Tidak mungkin calon Perdana Menteri jadi Perdana Menteri,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast