Tangkap layar daripada laman sosial Noor Nabila.

KUALA LUMPUR – Usahawan dan pempengaruh, Noor Nabila meluahkan rasa kurang senang terhadap sebuah portal hiburan yang menyiarkan laporan mengaitkan aktor popular dengan bekas isteri sehingga menimbulkan kekeliruan.

Beliau menegaskan laporan sedemikian boleh menjejaskan reputasi individu lain yang tidak ada kaitan dengan isu berkenaan.

“Cukuplah dengan berita-berita fitnah ini, walaupun tiada kena mengena dengan saya,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial Instagram, hari ini.

Menurutnya beliau tidak pernah menyembunyikan hal peribadi daripada pengetahuan umum, sebaliknya akan memaklumkan sendiri sekiranya mempunyai perkhabaran penting.

“Kalau saya ada berita baik seperti rujuk atau berkahwin, sudah tentu saya tidak akan berahsia dan akan diumumkan kerana netizen perlu tahu,” ujarnya.

Salah sebuah portal hiburan sebelum ini menyiarkan artikel bertajuk ‘Jaga Hubungan Baik Selepas Cerai, Aktor Kacak Bermaksiat dengan Bekas Isteri – Taubatlah, Malu Keluarga’.

Artikel itu secara tidak langsung menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Kakak kepada pelakon terkenal Neelofa itu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada April 2017 sebelum berpisah pada Julai 2020.

Meskipun begitu, kedua-duanya mengekalkan hubungan baik serta kerap berhubung demi membesarkan anak lelaki mereka, Jebat Jayden, yang kini berusia tujuh tahun.

Selepas itu, Nabila berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac 2021, namun perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian selepas dua tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast