Semoga Saje dilancarkan bersama dengan video muzik rasmi yang diarahkan oleh Bagoes Tresna Adji.

KUALA LUMPUR – Nama Aisha Retno tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia dan dikenali dengan karakter vokal yang khas serta mempunyai karya hits seperti Mengikat Jiwa, Nukilanku, W.H.U.T, Pencarianku dan Sutera.

Sejak mula bertapak secara profesional sebagai anak seni pada 2018, Aisha sentiasa aktif berkarya hingga wajahnya pernah terpampang pada papan iklan digital tersohor dunia di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Aisha juga pernah menjadi duta Spotify bagi kempen EQUAL untuk Malaysia dan Singapura pada tahun 2022.

Kini Aisha memperkuatkan lagi portfolio seninya menerusi single terbaharu berjudul Semoga Saja hasil kolaborasi dengan pemuzik dan produser ternama Indonesia, Ade Govinda . 

Berbeza dengan kolaborasi Ade Govinda terdahulu yang kebanyakannya bernuansa pop-ballad, kali ini Semoga Saja menampilkan nuansa baharu dengan susunan tempo yang medium namun tetap sarat dengan emosi.

Ia menggambarkan rasa kehilangan dan doa bagi seseorang yang telah pergi. Lagu ini juga menonjolkan sisi vokal Aisha yang lembut namun kuat, dibalut muzik dengan nada dan harmoni yang indah, ternyata ciri khas dalam lagu Ade Govinda seperti sebelum ini sentiasa menyentuh hati.

Menerusi lagu Semoga Saja ini, Aisha juga turut bertindak selaku penulis lirik bersama Ade Govinda.

Menerusi lagu Semoga Saja ini, Aisha juga turut bertindak selaku penulis lirik bersama Ade Govinda.

“Sejujurnya, lagu ini bersifat peribadi untuk saya kerana mewakili rasa kehilangan dan doa yang mungkin pernah dirasai ramai orang.

“Justeru, saya amat berharap agar pendengar dapat merasakan kejujuran dalam setiap nada dan memperoleh kekuatan dalam harapan yang tersisa dalam diri,” kata Aisha.

Single itu dilancarkan bersama dengan video muzik rasmi yang diarahkan oleh Bagoes Tresna Adji di mana proses penggamaran telah berlangsung beberapa bulan lalu di Cottage Basisir Pole, Pantai Carita, Indonesia

Kisah visualnya memperlihatkan Aisha menyelami rasa yang masih menyimpan harapan akan kembalinya seseorang yang dicintai, sesuai dengan tema besar lagu itu.

Sementara itu, Ade berharap dengan adanya kolaborasi itu mereka dapat terus bekerjasama pada masa akan datang.”

Semoga Saja boleh dinikmati di seluruh platform muzik digital dan video muzik rasminya pula boleh disaksikan di saluran YouTube Ade Govinda. – MalaysiaGazette

Semoga Saja menampilkan nuansa baharu dengan susunan tempo yang medium namun tetap sarat dengan emosi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast