Perak Sejahtera 2030: Ipoh bandar Muzik semarakan kesenian di Perak PORT People of Remarkable Talents
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi menegaskan bahawa Garis Panduan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) (GPP 6.0) hanya menetapkan kod dan etika pakaian bagi artis yang membuat persembahan dan tidak melibatkan penetapan pakaian untuk penonton konsert.

Dalam kenyataan hari ini, Jawatankuasa PUSPAL (JK-PUSPAL) memaklumkan penjelasan itu dibuat susulan laporan akhbar The Star bertajuk “New directive sets dress, conduct rules for concert” yang diterbitkan semalam.

“Kenyataan yang dikeluarkan adalah berbentuk saranan dan nasihat kepada penonton serta pengunjung melalui kerjasama dengan pihak penganjur konsert.

“Fokus utama ialah etika pemakaian dan tingkah laku yang sesuai dengan sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia demi memelihara keharmonian negara,” menurut kenyataan itu.

JK-PUSPAL memaklumkan perkara itu seperti dinyatakan Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Encik Nik Kamaruzaman Nik Husin bahawa “walaupun garis panduan itu tertumpu terutamanya kepada penganjur dan artis, ia secara tidak langsung meliputi perlakuan penonton menerusi tanggungjawab penganjur.”

Selain, itu JK-PUSPAL turut menasihati penganjur konsert untuk memastikan keselamatan dan kawalan kepada pengunjung dengan melaksanakan tindakan yang perlu sebelum, semasa dan selepas persembahan melibatkan aktiviti minuman keras dan dadah.

Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada keselamatan pengunjung, menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut berkaitan GPP boleh didapati dengan melayari laman web https://portalpuspal.komunikasi.gov.my/garis-panduan-2/ atau menghubungi Unit PUSPAL di talian 03-89115356/5384 atau e-mel [email protected].

–BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast