Sekumpulan individu yang mendakwa mewakili rakyat Malaysia membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Rata-rata mereka menyifatkan, tiada keperluan untuk Trump datang ke sini kerana AS bukanlah termasuk dalam negara yang menyertai keanggotaan ASEAN.

Malah, mereka beranggapan AS tidak perlu campur dalam sidang kemuncak itu kerana didakwa terlibat dengan genosid dan pembantaian terhadap rakyat Palestin di Gaza yang menjadi perhatian seluruh dunia.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast