Lokasi pondok bas di hadapan Surau Batu 5, Alai, Melaka, yang menjadi penemuan tadi seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemui oleh orang awam malam tadi.

MELAKA – Seorang bayi lelaki masih bertali pusat dipercayai baru lahir ditemui orang awam dalam kotak di pondok menunggu bas hadapan Surau Batu 5, Alai, Melaka, malam tadi.

Menurut sumber, maklumat kejadian diterima anggota Balai Polis Kandang pada jam 9.20 malam tadi sebelum bergegas ke lokasi mendapati bayi lelaki masih bernyawa itu tinggalkan dalam sebuah kotak berwarna coklat di tempat duduk pondok menunggu bas.

Lokasi pondok bas di hadapan Surau Batu 5, Alai, Melaka, yang menjadi penemuan tadi seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemui oleh orang awam malam tadi.

“Anggota kemudian menghubungi ambulans yang tiba 25 minit kemudian sebelum pegawai perubatan memeriksa kesihatan bayi tanpa identiti itu dan membawanya ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Wakil daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut hadir di lokasi dan kes diserahkan kepada Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast