Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan segera menyiasat kejadian seorang murid meninggal dunia setelah jatuh ke dalam lubang pembentungan di sebuah sekolah, hari ini.

Dalam masa sama, KPM mengingatkan semua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri untuk sentiasa memastikan fasiliti sekolah berada dalam keadaan selamat.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard.

Tambahnya, KPM memberi perhatian kepada aspek keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga institusi pendidikan.

Dalam pada itu, KPM turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid berkenaan.

Katanya, kejadian itu sangat mendukacitakan. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast