Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri. Foto MUHD NA’IM, 08 NOVEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Tiada kapal yang menarik diri daripada misi Global Sumud Flotilla (GSF), tegas Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman.

“Tak ada kapal GSF tarik diri. Cuma ada yang tak dapat berlayar kerana rosak disabotaj. Indonesia pula tarik diri untuk beri ruang kepada delegasi lain sejak di Tunisia lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/09/26/beberapa-bot-global-sumud-flotilla-tarik-diri-misi-ke-gaza-perlu-dirombak/

Ia bagi memberi penjelasan berhubung laporan media yang memetik Pengarah Media Muslim Care Malaysia Tuan Asri Tuan Hussein yang mengatakan beberapa jumlah kapten dengan pembantunya telah menarik diri.

Ini menyebabkan rombakan perlu dibuat.

Beliau yang turut serta dalam misi GSF memberitahu, setakat pukul 12 tengah hari (waktu di Laut Mediterranean), flotila itu sudah tiba di selatan perairan Greece, melibatkan hampir 30 bot.

Pelayaran GSF yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada hujung bulan ini dengan penyertaan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Semua sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara, diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast