Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah memaklumkan beliau telah dipanggil polis untuk memberikan keterangan bersabit Podcast Muafakat (Muafakat Nasional) pada jam 9 malam, 26 September lalu.

Mohd Ridhuan berkata, dia akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini bagi memberikan keterangan.

“Saya akan disiasat di bawah Seksyen Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Seksyen 504 merujuk kepada kesalahan yang membabitkan penghinaan yang boleh mencetuskan pecah keamanan.

Manakala Seksyen 233 AKM berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam kenyataan sama, beliau turut memohon doa daripada orang ramai agar diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.

“Doakan untuk saya, semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi semua dugaan dunia ini. Saya hanya berkata benar demi ABATA,” tambahnya.

Setakat ini, polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tujuan siasatan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast