KUALA LUMPUR – Semua kapal yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza sudah melepasi zon kuning.
Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat berkata, kapal tentera laut Turkiye masih mengiringi konvoi tersebut.
“Alhamdulillah sudah separuh malam dan semuanya masih indah dan tenang.Semua kapal berjaya melepasi Zon kuning dan kapal tentera laut Turkiye masih bersama kami,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.
Konvoi GSF yang disertai lebih 500 sukarelawan sudah mula melepasi zon kuning sejak kira-kira jam 9.30 malam tadi (waktu Malaysia).
Dalam pada itu, perkongsian di media sosial serta laporan media antarabangsa turut melaporkan konvoi berkenaan diiringi beberapa buah kapal tentera laut Turkiye yang mahu menjaga keselamatan kapal-kapal GSF. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
Jerman gesa Israel elak serang konvoi bantuan Sumud Flotilla ke Gaza
















