Tangkap layar video yang tular memaparkan dua lelaki menaiki motosikal didakwa mencuri sebuah beg dalam bakul motosikal di hadapan sebuah kedai di Taman Tasik, Kluang, semalam

KLUANG – Dua lelaki menaiki motosikal didakwa mencuri sebuah beg dalam bakul kenderaan itu yang disangka ada barang berharga tetapi rupanya hanya beg sekolah.

Menerusi video berdurasi 2 minit 37 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan dua lelaki datang ke tempat parkir motosikal depan sebuah premis, kemudian pemboncengnya mengambil satu beg daripada bakul sebuah motosikal lalu melarikannya.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD (Kluang) menerima laporan kejadian tersebut daripada seorang lelaki tempatan pada pukul 7.35 malam tadi.

Katanya, menerusi laporan tersebut lelaki berkenaan memaklumkan telefon bimbitnya hilang seperti yang tular dalam video itu.

“Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah kedai di Taman Tasik pada pukul 6 petang semalam. Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dua lelaki mengambil dan melarikan beg galas tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, pihak polis sedang memburu suspek tersebut dan kes disiasat bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama 10 taun atau denda atau kedua-duanya.

Bahrin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Mereka juga boleh mengubungi IPD Kluang melalui talian 07-7784222, direct line :07-7766822 atau Tablet DCC: 014-3656822.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast