Foto FB FAM.

KUALA LUMPUR  – Malaysia berdepan tugas getir menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 Kumpulan F menentang Laos bulan ini apabila terlepas khidmat tujuh pemain warisan susulan hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)

Ia disahkan oleh pengumuman senarai 29 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat kendalian Peter Cklamovski bermula Isnin ini.

Berdasarkan senarai pemain yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di sini hari ini tujuh tonggak warisan iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca tidak disenaraikan gara-gara digantung daripada beraksi di pentas antarabangsa.

Minggu lalu, FAM bersama tujuh pemain warisan tersebut dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung isu pemalsuan dokumen.

Harimau Malaya akan berdepan Laos di Vientiane pada 9 Oktober sebelum aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Oktober ini.

Sementara itu, Cklamovski telah mengekalkan seramai 22 pemain dari skuad menentang Singapura dan Palestin pada perlawanan antarabangsa Tier 1 masing-masing pada 4 September dan 8 September lalu selain membawa masuk dua pemain dari skuad B-23 tahun iaitu Aliff Izwan Yuslan dan Muhammad Ubaidullah Shamsul.

“Cklamovski juga memanggil tiga muka baharu iaitu Declan Lambert, Jordan Mintah dan Muhammad Ramadhan Saifullah,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast