KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam dekat sini atas pertuduhan meminta rasuah RM3,000 bagi menutup satu siasatan.
Berdasarkan pertuduhan, Nurul Shimir Izzati Jamil pada 16 Jun lalu sebagai pegawai penyiasat gantian dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Selangor dituduh meminta wang tersebut daripada TBS Digital Print Sdn susulan serbuan ke atas syarikat percetakan tersebut pada 27 Januari 2025 dan sebuah mesin cetak telah disita atas kesalahan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Tertuduh meminta rasuah daripada syarikat tersebut dengan alasan untuk diberikan kepada timbalan pendakwaraya bagi menyelesaikan kesalahan yang dilakukan oleh syarikat percetakan tersebut.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000.
Tertuduh turut diperintah menyerahkan passport antarabangsanya kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya sebulan sekali.
Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 3 Disember depan.
Terdahulu, pihak pendakwaan kes terebut dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Ali.- MalaysiaGazette
















