Alisson Becker. Foto liverpool.com.

LONDON – Penjaga gol utama Liverpool, Alisson Becker terpaksa berehat panjang apabila disahkan tidak akan beraksi sehingga selepas rehat antarabangsa bulan ini sekaligus tidak akan diturunkan menentang Chelsea di Stamford Bridge awal pagi esok.

Alisson, 33, yang mengalami kecederaan di bahagian hamstring digantikan oleh Giorgi Mamardashvili pada minit ke-56 perlawanan di Istanbul di mana Liverpool tewas 0-1 di tangan Galatasaray dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah kelmarin.

Ketiadaan bintang Brazil itu bakal memberi tamparan hebat buat pengendali Arne Slot yang sedang berusaha mencari jalan mengatasi kemerosotan pasukannya.

The Reds sebelum ini tewas dua kali berturut-turut, 2-1 kepada Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Galatasaray selepas memulakan musim dengan tujuh kemenangan berturut-turut.

Liverpool masih mendahului liga dengan kelebihan dua mata, namun Slot mengakui prestasi pasukannya belum meyakinkan walaupun mereka melakukan rombakan besar bernilai hampir 450 juta pound (RM2.7 bilion) pada musim panas lalu.

Sementara itu, penyerang Hugo Ekitike yang dikeluarkan akibat kecederaan ketika menentang Galatasaray akan dinilai selepas sesi latihan terakhir sebelum pertemuan dengan Chelsea, yang kini menghuni tangga kelapan liga. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast