Aminolhuda Hassan

JOHOR BAHRU – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak boleh berdiam diri terhadap kekejaman Isreal yang berulang kali melanggar hak asasi manusia.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, terbaharu boleh dilihat apabila kapal yang membawa aktivis dalam misi Global Sumud Flotila (GSF) untuk ke Gaza, Palestin, ditahan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor berkata, pihaknya berdiri teguh bersama-sama rakyat Palestin dan akan terus menyokong apa jua usaha solidariti bagi membela bumi Gaza.

“Tindakan Israel ini jelas menunjukkan mereka takut kepada solidariti umat manusia yang datang dari seluruh dunia untuk mempertahankan hak rakyat Palestin.

“Amanah Johor menyeru semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, dan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik untuk terus bersatu menyuarakan kecaman terhadap Israel dan memperkukuhkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/10/05/kami-dilayan-seperti-binatang-ada-tahanan-wanita-diarah-buka-hijab/

Terdahulu semua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF disahkan ditahan pada pukul 4.24 petang waktu Malaysia (Khamis).

Bagaimanapun Ketua Pengarah dan jurucakap rasmi Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery dilaporkan berkata, 137 daripada 462 peserta flotila dari Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Algeria, Maghribi, Itali, Kuwait, Libya, Mauritania, Switzerland, Tunisia, Jordan termasuk Malaysia yang ditahan telah dibebaskan dengan bantuan kerajaan Turkiye. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast