Himpunan Solidariti Bersama Gaza: Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin bersama wira dan wirawati yang baru pulang selepas ditahan dalam misi Global Sumud Flotilla.

Himpunan Solidariti Bersama Gaza: Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka itu akan diadakan Axiata Arena, Bukit Jalil, jam 8 malam, esok.

“Saya yakin dan percaya bahawa dalam denyut nadi setiap anak Malaysia, tersemat tekad untuk terus memperjuangkan keadilan dan keamanan sejagat.

“Marilah kita berganding bahu dan bergerak sederap, mengangkat suara demi Palestin yang merdeka, bermaruah dan berdaulat.

“Ketemu esok malam, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kesemua delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 malam ini. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast